Jumaat, 14 Ogos 2009

Lelaki Yang Sangat Aku Rindui...

Aku rindukan ayah aku..rindu sangat-sangat...aku rindukan wajahnya...rindukan suaranya..rindukan nasihatnya..kini engkau telah meninggalkan aku dan keluarga untuk selama-lamanya...ramadhan yang bakal tiba pasti terasa kesunyian dengan ketiadaan ayah...aku redha dengan pemergian mu...Allah lebih menyayangi mu...ayah...aku berjanji akan menjadi seorang anak yang solehah...


Ayah

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


kisah disebalik koko krunch cereal and dutch lady chocolate milk

semalam khamis waktu lunch aku tak makan nasi sebab takut tak sempat nak pergi class.aku ni pulak kalau makan nasi mesti lambat..ambil masa dalam 25 minit camtu la baru habis makan..maklum lah aku ni bila makan mesti penuh dengan kesopanan..kunyah sampai lumat baru aku akan telan...aku pun terus buat keputusan nak makan cereal je time lunch..picture kat sebelah ni lah lunch aku..tepat jam 2.05 p.m. aku pergi kelas...first kelas aku iaitu klas IA (intermediate accounting) berjalan mcm biasa tak ada apa2 berlaku..utk second class iaitu tasawwur sesuatu telah berlaku kat aku...mulanya aku rasa sejuk...sejuk yang amat sgt sehingga rasa badan aku menggeletar...nak ckp kat ustaz minta off penghawa dingin tapi rasa mulut aku terkunci lah pulak...aku pun biar kan saja sehingga lah tiba2 penghawa dingin off sendiri..ahhh..masa tu syukur sgt sbb dlm dewan dah terasa panas skit..tapi satu hal pulak..bila panas aku cepat kehabisan tenaga...dlm pukul 5 lebih camtu badan aku menggetar...tadi menggeletar sbb sejuk..tp sekarang menggeletar sbb lapar dan tenaga tak ada..aku terus lembik hampir nak pitam sehingga kawan sekelas aku usung letak atas wheel chair hantar balik kolej...disebalik kejadian tu aku dpt tahu org yang mempunyai hati baik dikalangan lelaki yang berada didalam kelas tu..masa kwn aku tgh minta tolong supaya pegang pintu cuma seorang saja yang betul2 baik didalam kelas tu...dia pelajar aeronoutik namanya Arif...dia yg turun pergi amik wheel chair dan bawa masuk dlm dewan..budak laki lain semuanya tgk je..kebaikkan dia mengalahkan ustaz yang mengajar aku tu...ustaz pun tak tolong jugak..inilah kisah disebalik picture tu..

Khamis, 13 Ogos 2009

Duit dalam account bank hilang

8 ogos 2009 duit dlm account bank aku hilang..memang terkejut sgt2 bila hari isnin check account duit aku just tinggal RM2800..bila aku pergi nak print penyata..mesin tu buat hal pulak...mayb xde kertas kot sbb penyata xkuar pun..aku terus balik bilik and suruh lily topup kan aku sbb nak call bank..bila dah call bank memang betul2 mengejutkan aku..org bank cakap 8 ogos 2008 ada 3 kali transaksi kuar duit dari ATM..RM700,RM500,RM400...aku dah curiga dgn roomate aku sbb aku yg suruh dia kuar duit hari tu.tp bila tanya dia cakap dia careless..dia jwp call kat luar sbb ada emegency call and terus tinggalkn kad bank kat mesin ATM dan no pin dah dimasukkan..dia ckp masa tu lah ada org kuar kan.tp disitu nmpk sgt dia tipu aku hidup2 sbb ada 3 transaksi pengeluaran.kalau org lain yg kuarkn mesti just sekali je dia dpt kuar.kalau nak kuarkn utk kali kedua mesti masukkan no pin..tp lain xtau no pin just dia ja yg tau...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Pengharapan

Aku ingin menjadi seorang wanita yang hebat...seorang wanita yang solehah dan seorang wanita yang tidak mudah mengalah dengan sebarang ujian..itulah pengharapanku

Kebuntuan

Setiap hari aku selalu tertanya2 apa yang akan berlaku kepada aku suatu hari nanti...aku mengharapkan sesuatu yang baik. tetapi aku bersyukur kerana masih bernafas dan boleh terus beramal ibadat kepada Allah s.w.t.