Selasa, 27 Oktober 2009

otak kosong

dah lama aku tak mengarang dalam blog ni...malam aku otak aku cam kosong..tak tau nak buat apa..sedangkan esok aku ada exam english...roomate aku pun sama jugak ada english paper..tp dia sekarang tengah khusyuk lakukan sesuatu..bukannya study tp tgh melukis katun..sekarang ni dia tgh dgn dunia khayalan dia...aku ingatkan dia khusyuk menelaah pelajaran rupa-rupanya tgh menelaah dan memerah otak memikirkan satu cerita yang bersesuaian dgn katunnya...yang aku ni pulak sibuk dengan facebook and blog...

Ahad, 6 September 2009

Masjid Putrajaya

Alhamdulillah...dapat jugak aku solat di masjid putrajaya..bila sampai di situ kami terus masuk masjid sebab dah lewat untuk solat asar...sampai ja kat depan masjid aku terus dibawa ke bilik air VIP untuk ambil wuduk...wahhh..sungguh tak sangka aku dapat ambil wuduk kat situ...layanan yang sungguh istimewa...terharunya...tanpa lengah aku and hana terus masuk solat...dalam masjid tu terasa sejuk macam ada penghawa dingin...sedangkan kipas and aircorn tak ada pun..bila aku tengah pakai kasut nak balik...dari jauh ada seorang makcik yang jaga masjid tengah memerhatiku..perlahan2 dia datang hampiri aku..aku pun senyum kat dia..dia tanya aku ini kakak ke..aku jawap..saya kakak..aku pandang hana dan senyum..mungkin pada mulanya dia ingat hana kakak aku..maklum jer lah muka aku ni ala kanak2 gitu..entahlah bila nak nampak matang pun tak tau..dia pelawa kami untuk berbuka puasa kat situ...tapi kami menolaknya...sebenarnya aku teringin jugak nak nak berbuka kat situ..sebelum kami balik dia sempat berpesan...nanti datanglah lagi sini..inshaAllah aku akan pergi lagi masjid putrajaya..

Jumaat, 4 September 2009

Tukar plan

hari ni sebenarnya aku plan nak pergi solat zohor kat masjid negara...tapi hana call cakap yang apis pergi hantar member dia kat pudu...jalan jam so tak daspat lah aku pergi solat kat situ..so tukar plan...pergi solat asar kat masjid putrajaya pulak...aku hantar message kat apis nak bertolak ke sana tepat jam 2.30 petang...apis reply message aku ckp nak bertolak lewat sikit pukul 4.00 petang...dia ckp dekat je...tp aku rasa hampir sejam jugak kot...tp takpe nanti aku tgk berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke situ...sbb haritu masa aku pergi LCCT ambil masa sejam jugak lah untuk sampai..dalam menantikan diorang datang pukul 4.00 nanti aku ambil kesempatan untuk tulis blog...

aku harap perjalanan ke putrajaya semua selamat..moga Allah permudahkan perjalanan kami ke sana...inshaAllah petang nanti aku dapat menunaikan solat asar di masjid putrajaya...

Jumaat, 14 Ogos 2009

Lelaki Yang Sangat Aku Rindui...

Aku rindukan ayah aku..rindu sangat-sangat...aku rindukan wajahnya...rindukan suaranya..rindukan nasihatnya..kini engkau telah meninggalkan aku dan keluarga untuk selama-lamanya...ramadhan yang bakal tiba pasti terasa kesunyian dengan ketiadaan ayah...aku redha dengan pemergian mu...Allah lebih menyayangi mu...ayah...aku berjanji akan menjadi seorang anak yang solehah...


Ayah

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


kisah disebalik koko krunch cereal and dutch lady chocolate milk

semalam khamis waktu lunch aku tak makan nasi sebab takut tak sempat nak pergi class.aku ni pulak kalau makan nasi mesti lambat..ambil masa dalam 25 minit camtu la baru habis makan..maklum lah aku ni bila makan mesti penuh dengan kesopanan..kunyah sampai lumat baru aku akan telan...aku pun terus buat keputusan nak makan cereal je time lunch..picture kat sebelah ni lah lunch aku..tepat jam 2.05 p.m. aku pergi kelas...first kelas aku iaitu klas IA (intermediate accounting) berjalan mcm biasa tak ada apa2 berlaku..utk second class iaitu tasawwur sesuatu telah berlaku kat aku...mulanya aku rasa sejuk...sejuk yang amat sgt sehingga rasa badan aku menggeletar...nak ckp kat ustaz minta off penghawa dingin tapi rasa mulut aku terkunci lah pulak...aku pun biar kan saja sehingga lah tiba2 penghawa dingin off sendiri..ahhh..masa tu syukur sgt sbb dlm dewan dah terasa panas skit..tapi satu hal pulak..bila panas aku cepat kehabisan tenaga...dlm pukul 5 lebih camtu badan aku menggetar...tadi menggeletar sbb sejuk..tp sekarang menggeletar sbb lapar dan tenaga tak ada..aku terus lembik hampir nak pitam sehingga kawan sekelas aku usung letak atas wheel chair hantar balik kolej...disebalik kejadian tu aku dpt tahu org yang mempunyai hati baik dikalangan lelaki yang berada didalam kelas tu..masa kwn aku tgh minta tolong supaya pegang pintu cuma seorang saja yang betul2 baik didalam kelas tu...dia pelajar aeronoutik namanya Arif...dia yg turun pergi amik wheel chair dan bawa masuk dlm dewan..budak laki lain semuanya tgk je..kebaikkan dia mengalahkan ustaz yang mengajar aku tu...ustaz pun tak tolong jugak..inilah kisah disebalik picture tu..

Khamis, 13 Ogos 2009

Duit dalam account bank hilang

8 ogos 2009 duit dlm account bank aku hilang..memang terkejut sgt2 bila hari isnin check account duit aku just tinggal RM2800..bila aku pergi nak print penyata..mesin tu buat hal pulak...mayb xde kertas kot sbb penyata xkuar pun..aku terus balik bilik and suruh lily topup kan aku sbb nak call bank..bila dah call bank memang betul2 mengejutkan aku..org bank cakap 8 ogos 2008 ada 3 kali transaksi kuar duit dari ATM..RM700,RM500,RM400...aku dah curiga dgn roomate aku sbb aku yg suruh dia kuar duit hari tu.tp bila tanya dia cakap dia careless..dia jwp call kat luar sbb ada emegency call and terus tinggalkn kad bank kat mesin ATM dan no pin dah dimasukkan..dia ckp masa tu lah ada org kuar kan.tp disitu nmpk sgt dia tipu aku hidup2 sbb ada 3 transaksi pengeluaran.kalau org lain yg kuarkn mesti just sekali je dia dpt kuar.kalau nak kuarkn utk kali kedua mesti masukkan no pin..tp lain xtau no pin just dia ja yg tau...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Pengharapan

Aku ingin menjadi seorang wanita yang hebat...seorang wanita yang solehah dan seorang wanita yang tidak mudah mengalah dengan sebarang ujian..itulah pengharapanku